★★KEPENTINGAN ASID FOLIC★★
Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai
didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan
terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama
selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang
cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf
tunjang (spina bifida)
Kajian
telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%.
Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa
hamil.
Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang
tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan.
Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan
lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.
Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):
★ Keluarga yang pernah mengalami NTD
★ Pernah hamil anak yang mengalami NTD
★ Mengambil ubat sawan
★ Kencing manis
★ Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil
asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk
mengurangkan risiko tersebut
No comments:
Post a Comment