Set SENDI

Powered by TripAdvisor

Omega Guard Shaklee

Powered by TripAdvisor

Wednesday, July 17, 2013






Apa itu G6PD?

( Glucose 6 Phosphate 'hydrogenese) adalah sejenis enzim dalam sel darah merah.Fungsinya.
la akan melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.

Semasa bersalin ' sample' dan tali pusat bayi dihantar untuk pemeriksaan G6PD di makmal.

Sekiranya didapati bayi anda kekurangan G6PD:

1. Anda akan dihubungi melalui telefon atau surat supaya membawa anak anda masuk ke wad untuk pemerhatian.

2. Anak anda dikehendaki tinggal di wad sehingga berumur 10 hari.

Pemerhatian ini perlu kerana bayi anda boleh mendapat kuning (Jaundice) dengan serta merta.Bayi anda dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah-masalah lain.

Apakah yang perlu dilakukan bila anak anda kekurangan G6PD.

Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:* Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.
* Ubat gegat.
* Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
* Minyak gosok.
* Kacang parang.Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yan gtidak dibenarkan deri kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang.

SILA PASTIKAN

Bawa senarai ubat dan tunjukkan kepada doktor bila anak sakit. Beritahu, anak anda kurang G6PD.

Apa akan berlaku kalau termakan makanan atau ubat-ubat tersebut?

Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat. Bayi akan mendapat kuning (Jaundice). Air kencing berdarah atau berwama teh pekat Demam dan pucat.

Bolehkah seseorang yang kekurangan G6PD hidup secara normal ?

Mereka boleh hidup secara normal tetapi dia mesti mengelakkan makanan dan ubat-ubat tertentu.Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. la bukan penyakit keturunana atau berjangkit.




Ehsan dari fb Nelly Suhaili

No comments:

Post a Comment