Susu Ibu adalah pemakanan bayi yang terunggul dan yang terbaik di dunia. Tidak dapat dinafikan kebaikannya. So jangan sekali-kali kita abaikan untuk tidak menyusukan bayi sendiri dengan susu Ibu. Sesungguhnya susu Ibu adalah ni'mat pemberian Allah swt yang tidak ternilai, subhanallah
Mengapakah perlunya menyusukan bayi dengan susu Ibu, antara faktornya adalah seperti berikut :-
1. Sistem imunisasi yang baikBayi yang disusui susu ibu secara ekslusif mempunyai sistem imunisasi yang sangat baik. Ini adalah kerana di dalam susu ibu itu sendiri sudah mempunyai antibodi yang membantu si bayi membina imunisasi. Kolostrum (susu awal bayi) adalah sangat penting buat bayi yang baru dilahirkan untuk melindungi lapisan perut bayi yang masih sangat fragile di waktu itu, bertindak sebagai laksatif (menolong bayi mengeluarkan mekonium) dan menghalang kepada pembinaan bilirubin (membantu menghalang jaundis).Selain itu, kebaikan susu ibu ini akan berpanjangan sehingga si bayi tadi menjadi kanak-kanak. Kebaikan susu ibu ini tidak terhenti setakat usia bayi.
2. Mengurangkan risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS)
Kebelakangan
ini, sangat banyak berita mengenai bayi meninggal secara mengejut.
Lebih-lebih lagi apabila diletakkan di pusat penjagaan bayi. Ini adalah
kerana kebiasaannya bayi diberikan botol susu tanpa pengawasan penjaga.
Dan banyak studi telah menunjukkan bayi yang diberikan susu ibu lebih
kurang risiko SIDS berbanding bayi yang diberikan susu formula.
3. Mempunyai IQ yang tinggiSetiap ibu bapa pasti mahu anak-anaknya bijak dan cerdik. Menyusukan susu ibu adalah satu langkah awal yang sangat bijak dalam membentuk perkembangan IQ yang sihat. Merujuk kepada link ini, melalui research yang telah diadakan, kanak-kanak yang menyusu susu ibu mempunyai skor yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang menyusu susu formula. Dan mengikut link ini pula, IQ yang tinggi pada kanak-kanak yang menyusu susu ibu adalah kerana faktor genetik. Di mana di dalam susu ibu terdapat fatty acid yang tidak ada di dalam susu formula. Selain ini, bonding yang terjalin antara ibu dan bayi semasa menyusu juga mempengaruhi IQ bayi.
4. Kurang mendapat jangkitan penyakit dan kolikBayi yang diberikan susu ibu akan kurang mendapat jangkitan-jangkitan penyakit seperti selesema, demam, jangkitan telinga, cirit birit, menigitis dan sebagainya. Selain itu ia turut mengurangkan risiko penyakit asma dan ekzema. Kemungkinan untuk bayi yang menyusu susu formula untuk mendapat ekzema adalah tinggi kerana bayi mungkin akan alah dengan kandungan susu formula tersebut. Bayi yang menyusu susu badan juga jarang mengalami kembung perut atau kolik kerana pelekapan sewaktu menyusu badan tidak menyebabkan udara memasuki perut bayi berbanding penggunaan botol susu.
5. Mengurangkan risiko diabetis apabila dewasaKomposisi zat yang terdapat di dalam susu ibu adalah sangat lengkap dan tepat. Dan ianya berubah mengikut tempoh penyusuan dan umur seseorang bayi mengikut keperluan. Komposisi zat bagi seorang bayi pra-matang adalah tidak sama dengan bayi yang berusia 1 bulan (ia akan berubah mengikut usia bayi). Berbeza dengan susu formula, walaupun sudah banyak RnD yang dibuat, ianya tidak mampu menandingi zat di dalam susu ibu. Bayi yang menyusu badan akan mendapat zat yang seimbang dan ini akan dapat menjaga sistem pencernaannya dengan baik sekaligus mampu mengurangkan risiko diabetis apabila dewasa kelak.
6. Kebaikan kepada si ibu (ya, anda!)
Apabila
kita menyusukan bayi, hormon oksitoksin akan meningkat di mana ia akan
membuatkan ibu lebih gembira, tenang dan kurang stres. Ini dapat
mengurangkan risiko postpartum depression (meroyan). Selain itu,
ia membantu ibu kembali langsing dengan ceoat kerana setiap kali ibu
menyusukan anak ia turut membakar kalori ibu. Ia juga dapat mengecutkan
rahim dan secara tidak langsung mengurangkan risiko pendarahan semasa
berpantang. Risiko untuk mendapat kanser rahim dan payudara juga akan
kurang. Dan ia juga mampu untuk melambatkan menstruasi dan kesuburan
sekaligus! *Bonus lagi :)*
No comments:
Post a Comment