Trimester 1
Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan
mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan
vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin
kesejahteraan secara am.
Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana
kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika
tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya
ingatan dan kurang konsentrasi. Membantu ibu untuk menstabilkan bacaan
hb.
2) Sustained Release Vita-C
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
3) B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan
demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih
stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila
tiada stress, penghasilan susu lebih baik. Selain itu, untuk mambantu
mengurangkan morning sickness ibu hamil pada trimester 1.
Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah
makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan
pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu
protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk
mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang
tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi
kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga
menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam
tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan
kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan
mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk
penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium
ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal
kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan
garisan tua.
Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.
Tambahan bila masuk Trimester 2 & 3
DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada
otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta
aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang
ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA
daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu
melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA. Atas
sebab ini pakar mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang
mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk
perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu
sendiri.
No comments:
Post a Comment